Sabtu, 28 Mei 2016 | 1:47pm

Nawaz Sharif jalani pembedahan jantung kedua Selasa

PERDANA Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. - Foto Reuters
PERDANA Menteri Pakistan, Nawaz Sharif. - Foto Reuters

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif akan menjalani pembedahan jantung terbuka di London Selasa ini, pembedahan kedua dalam masa lima tahun.

Anak perempuan Sharif, Maryam Nawaz Sharif, berkata dalam akaun Twitter rasminya, pembedahan itu bagi 'penembusan jantung', komplikasi akibat prosedur terdahulu pada 2011.

"Doa adalah penawar paling berkesan dan mujarab. Jutaan doa bersama ayah saya," katanya.

Akhbar Dawn memetik Menteri Pertahanan, Khawaja Asif, sebagai berkata Sharif akan ditahan di hospital selama seminggu selepas pembedahan dan akan kembali ke Pakistan apabila doktor membenarkannya.

Akhbar itu juga memetik pengerusi parti pembangkang, Parti Rakyat Pakistan (PPP), Bilawal Bhutto Zardari, menggesa rakyat negara itu mendoakan Sharif.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, juga mendoakan kesihatan Sharif. - REUTERS

Berita Harian X