Jumaat, 27 Mei 2016 | 12:43pm

Gempa 6.4 magnitud landa Kepulauan Tonga

PUSAT gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Tonga di selatan Kepulauan Pasifik. - Sumber earthquake.usgs.gov
PUSAT gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Tonga di selatan Kepulauan Pasifik. - Sumber earthquake.usgs.gov

SYDNEY: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Tonga di selatan Kepulauan Pasifik, demikian lapor Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS), sebentar tadi.

Gempa direkodkan di 572 kilometer di dasar laut namun tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik setakat ini.

Bacaan gegaran itu bagaimanapun diturunkan daripada amaran awal 6.5 magnitud. - Reuters

Berita Harian X