Rabu, 18 Mei 2016 | 1:50pm
GABENOR Nikki Haley.
GABENOR Nikki Haley.

South Carolina luluskan rang undang-undang berkaitan pengguguran

COLUMBIA: Badan perundangan South Carolina semalam meluluskan rang undang-undang melarang pengguguran selepas 19 minggu, menjadikannya negeri ke-17 meluluskan larangan ketat itu.

Undang-undang itu kini akan dihantar kepada Gabenor Nikki Haley. Anggota Republikan itu berkata pada Mac dia hampir pasti akan menandatanganinya, tetapi mahu melihat butiran sebaik saja ia sampai ke tangan beliau.

Undang-undang serupa turut berkuat kuasa di 12 negeri lain. Namun ia disekat oleh pencabar mahkamah di tiga negeri lain, dan Mahkamah Agung AS masih belum mempunyai kuasa ke atas perlembagaan pengharaman ini.

Satu rang undang-undang yang ditanda tangani di South Dakota pada Mac lalu berkuat kuasa pada musim panas ini.

Di Utah, undang-undang berkaitan yang ditandatangani pada Mac, memerlukan doktor untuk menyediakan bius kepada janin yang sekurang-kurangnya 20 minggu di dalam rahim.

Rang Undang-Undang South Carolina disifatkan beberapa barisan penyokong hak pengguguran menjadikan prosedur ini lebih sukar.

Penentang pengguguran juga meluluskan undang-undang di negeri lain yang meminta klinik untuk mendapatkan pengakuan istimewa doktor dan mengharamkan prosedur biasa digunakan dalam trimester kedua, dipanggil kaedah pengembangan dan pemindahan. - AGENSI

Berita Harian X