Rabu, 11 Mei 2016 | 7:27am
Aktivis dari kedua-dua belah pihak berkumpul di Washington di bulan Januari lalu daripada keputusan Roe v. Wade yang membenarkan pengguguran. - Foto http://www.philly.com/
Aktivis dari kedua-dua belah pihak berkumpul di Washington di bulan Januari lalu daripada keputusan Roe v. Wade yang membenarkan pengguguran. - Foto http://www.philly.com/

Janin perlu diberi bius ketika pengguguran di AS

SALT LAKE CITY: Satu peraturan yang pertama seumpamanya diperkenalkan di Amerika Syarikat menyebut janin perlu diberikan bius atau ubat tahan sakit semasa pengguguran.

Bagaimanapun, doktor tidak pasti bagaimana untuk melaksanakannya.

Undang-undang itu memerlukan ubat tahan sakit diberikan pada janin sebelum prosedur pengguguran ketika kandungan berusia 20 minggu atau ke atas.

Ia berdasarkan pendapat bahawa janin boleh merasa sakit pada peringkat mengandung itu.

Doktor berkata, tiada sains atau perubatan menyatakan kaedah untuk mengurangkan rasa sakit pada janin.

Pembuat undang-undang di negeri konservatif itu berkata, jika janin mungkin merasa sakit, ia penting untuk mengambil langkah untuk mengurangkannya.

Undang-undang itu berkuat kuasa semalam.

Tiada negeri lain di Amerika Syarikat memperuntukkan peraturan sedemikian, namun pembuat undang-undang Montana meluluskan langkah sama tahun lalu tetapi ditolak gabenor Demokratik negeri. - AP

Berita Harian X