Selasa, 10 Mei 2016 | 12:09am

34 maut, 4 hilang susulan tanah runtuh di China

ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu. - Foto AP
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu. - Foto AP

BEIJING: Angka kematian akibat tanah runtuh di wilayah tenggara Fujian di China meningkat kepada 34 orang dengan empat lagi dilaporkan hilang, menurut media tempatan.

Kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat kelmarin berlaku di sebuah stesen hidroelektrik yang sedang dibina di daerah Taining, Fujian.

Presiden China Xi Jinping menuntut pihak berkuasa tempatan meningkatkan usaha menyelamat.

Agensi berita Xinhua melaporkan hujan berterusan menyebabkan kerja menyelamat menjadi sukar. Terdahulu ia melaporkan 22 mayat sudah ditemui.

Disember lalu, satu kejadian tanah runtuh di bandar selatan Shenzhen menimbus 77 orang. - Reuters

Berita Harian X