Sabtu, 30 April 2016 | 7:27pm

China tidak mahu konfrontasi dengan Jepun

MENTERI Luar China, Wang Yi (kanan) dalam pertemuan dengan Kishida di Beijing, hari ini. - Foto Reuters
MENTERI Luar China, Wang Yi (kanan) dalam pertemuan dengan Kishida di Beijing, hari ini. - Foto Reuters

BEIJING: China mahu mengukuhkan hubungan dengan Jepun berdasarkan "kerjasama, bukan konfrontasi," kata Menteri Luar China kepada rakan sejawatannya dari negara itu.

Pelbagai pertelingkahan jajahan dan sejarah menjejaskan hubungan kedua-dua negara pada masa lalu, namun ia sudah reda sejak kebelakangan ini.

Fumio Kishida berkunjung ke China untuk lawatan tiga hari, pertama oleh seorang menteri luar Jepun dalam tempoh empat setengah tahun.

"Kami sudah pasti berharap untuk membangunkan hubungan sihat, stabil dan mesra dengan Jepun," kata Menteri Luar China, Wang Yi dalam pertemuan dengan Kishida.

Beliau berkata, hubungan itu seharusnya dibina berasaskan pandangan jujur dari segi sejarah, menghormati janji dan kerjasama, bukan konfrontasi.

China dan Jepun terbabit dalam pertelingkahan sengit berhubung kedaulatan jajahan tidak berpenghuni di Laut China Timur, pulau ditadbir Jepun sebagai Senkaku, namun didakwa milik China dengan nama Diaoyu. - AFP

Berita Harian X