Sabtu, 30 April 2016 | 6:30pm

Gempa 6.0 magnitud landa Vanuatu

SYDNEY: Satu gempa bumi 6.0 magnitud menggegarkan pulau Pasifik Selatan di Vanuatu hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, tiada amaran tsunami dikeluarkan atau laporan mengenai kerosakan. Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 4.8 kilometer, kira-kira 85 kilometer selatan bandar pelabuhan Luganville, dikenali sebagai Santo.

Vanuatu terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, zon aktiviti tektonik di sekitar Pasifik yang kerap berlaku gempa bumi dan gunung berapi.

Bulan ini menyaksikan beberapa siri gegaran termasuk gempa bumi 7.0 magnitud Jumaat lalu yang berlaku sejauh 209 kilometer dari ibu kota Port Vila. - AFP

Berita Harian X