Jumaat, 29 April 2016 | 7:15am
Imej yang disediakan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan peta lokasi dan pusat gempa bumi 7.0 magnitud yang berdaftar di Vanuatu. - Foto EPA
Imej yang disediakan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan peta lokasi dan pusat gempa bumi 7.0 magnitud yang berdaftar di Vanuatu. - Foto EPA

Gempa bumi 7.0 magnitud gegar Vanuatu

HONG KONG: Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud menggegar kepulauan Vanuatu di Lautan Pasifik awal hari ini, kata Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (enam batu) terdahulu berukuran 7.3 magnitud oleh Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan (NTWC).

"Ombak tsunami kemungkinan berlaku pada jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Vanuatu," kata NTWC.

Bagaimanapun, amaran tsunami itu dibatalkan selepas orang tempatan melaporkan tiada kerosakan besar.

Dalam tempoh dua jam amaran tsunami itu dikeluarkan, ia kemudiannya dibatalkan.

NTWC berkata: "Tiada lagi ancaman tsunami dari gempa ini."

Sehubungan itu, wartawan Port Vila, Moses Stevens berkata, beliau tidak pasti sama ada terdapat sebarang kerosakan di ibu negara manakala pengurus resort pelancongan, Dave Cross berkata, kesan gegaran dapat dirasai di pulau Espiritu Santo.

"Kami dapat rasai gegaran kerana ia amat kuat tapi kami cuma kerugian sebuah pasu dan beberapa bunga," katanya.

"Saya diberitahu ia adalah ombak kecil tapi apa yang dirasai lebih daripada itu. Gempa bumi adalah sebahagian daripada rutin hidup di sini."

Vanuatu terletak dalam "Ring of Fire", zon aktiviti tektonik di sekeliling Pasifik yang terdedah kepada gempa bumi dan letusan gunung berapi. - Agensi

Berita Harian X