Ahad, 24 April 2016 | 9:49am

Lelaki bergari tembak mati diri sendiri

BATON ROUGE: Seorang lelaki bergari menembak mati diri sendiri di hospital Baton Rouge, selepas merampas kereta rakannya di New Orleans sebelum menculik seorang wanita lain.

Garry Saxton, 29, dari New Orleans, mencuri kereta seorang wanita yang menghantarnya ke lapangan terbang malam Jumaat, kata jurucakap Jabatan Polis New Orleans, Aaron Looney.

Wanita berkenaan memberitahu polis bahawa Saxton, saudara kepada teman lelakinya, melarikan kenderaannya selepas beliau melarikan diri ke rumah berhampiran.

Saxton, juga dikenali sebagai Gary Zarders, turut disyaki menculik seorang wanita lain sebelum memandu ke Baton Rogue.

Saxton tiba di Pusat Perubatan Baton Rouge dengan seorang wanita hamil yang menuduh beliau menculiknya, menurut jurucakap Polis Baton Rogue, Sarjan Don Coppola.

Coppola berkata, tangan Saxton digari ke belakang apabila beliau membunuh diri dengan secara yang disembunyikan dalam tempat duduk sebelum pasukan keselamatan hospital menahannya.

"Beliau duduk di atas kerusi, berada di kawasan menunggu sendirian apabila menembak diri sendiri kira-kira jam 5 pagi waktu tempatan," kata Coppola.

Kejadian berlaku sebelum polis Baton Rouge tiba di hospital berkenaan. - AP

Berita Harian X