Sabtu, 23 April 2016 | 8:53pm

27 maut serangan rejim di Syria

SERANGAN di kawasan kediaman dan pasar di daerah dikawal pemberontak, mengorbankan 12 orang termasuk kanak-kanak. - Foto EPA
SERANGAN di kawasan kediaman dan pasar di daerah dikawal pemberontak, mengorbankan 12 orang termasuk kanak-kanak. - Foto EPA

BEIRUT: Aktivis pembangkang mendakwa serangan rejim Syria mengorbankan 27 mangsa majoriti orang awam dalam serangan di kawasan dikuasai pemberontak berhampiran ibu kota Damsyik.

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain berkata, serangan udara kerajaan di kubu kuat pemberontak di timur Ghouta, kawasan pinggir Damsyik, hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak.

Pusat Media Aleppo dikendalikan aktivis terbabit berkata, serangan di kawasan kediaman dan pasar di daerah dikawal pemberontak, mengorbankan 12 orang termasuk kanak-kanak.

SOHR berkata, dua lelaki maut dalam serangan udara rejim di Talbisseh dalam wilayah Homs.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri Syria berkata tembakan mortar pemberontak mengenai dua kawasan kejiranan di Damsyik, dalam satu insiden jarang berlaku sejak gencatan senjata bermula akhir Februari lalu.

Agensi berita kerajaan, SANA berkata seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan pemberontak di luar Damsyik. - AP

Berita Harian X