X
Selasa, 12 April 2016 | 12:37am

Bahrain senarai 68 kumpulan sebagai 'pengganas'

ANGGOTA kumpulan IS. - Foto hiasan
ANGGOTA kumpulan IS. - Foto hiasan

DUBAI: Kerajaan negara Teluk Bahrain hari ini menyiarkan senarai 68 kumpulan Islam yang diklasifikasikan sebagai 'pengganas', kata agensi berita tempatan, BNA.

BNA berkata, pergerakan Syiah Hizbulalh Lubnan, yang sudah diklasifikasikan sebagai 'pengganas' oleh Suruhanjaya Kerjasama Teluk dan Liga Arab, mengungguli senarai yang diluluskan kabinet Bahrain.

Turut tersenarai ialah Al-Qaeda dan cawangannya di Yaman dan Utara Afrika dikenali sebagai Barisan Al-Nusra di Syria dan kumpulan militan IS.

Boko Haram Nigeria, Jihad Islam Mesir dan Al-Murabitoun di Mali juga antara yang disenaraikan Bahrain.

Turut tersenarai ialah Briged Al-Ashtar dan Briged Tentangan serta pergerakan bawah tanah Gabungan 14 Februari, semuanya dipercayai kumpulan Syiah di Bahrain.

Senarai sama sudah pun dikeluarkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk 83 kumpulan.

Bahrain, Arab Saudi dan UAE adalah rakan dalam pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS) yang mengebom militan di Syria dan Iraq. -AFP

Berita Harian X