Khamis, 7 April 2016 | 10:48pm

Jejambat runtuh akibat penipuan, rasuah - Modi

NARENDRA Modi. - Foto REUTERS
NARENDRA Modi. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Perdana Menteri India, Narendra Modi, hari ini mendakwa tragedi jejambat runtuh di Kolkata berlaku akibat penipuan dan menuduh Ketua Menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee memberi rasuah pada satu perhimpunan pilihan raya negeri.

Pemimpin itu yang berkempen untuk parti nasionalis Hindu, Bharatiya Janata Party (BJP) berkata, kejadian runtuh itu adalah kesan amalan rasuah di bawah kerajaan negeri Kongres Trinamool diterajui Banerjee.

"Satu jejambat besar runtuh dan apa kata mereka, ia adalah bencana alam. Banerjee, ini bukan bencana alam tetapi satu penipuan besar," kata Modi dalam satu perhimpunan di Birpara, sebuah bandar jauh di timur laut negeri itu.

Seramai 26 terbunuh selepas satu bahagian jejambat terbabit yang masih dalam pembinaan runtuh di atas sebuah jalan sibuk menyebabkan pejalan kaki dan kereta di bawahnya maut dan musnah. - AFP

Berita Harian X