Jumaat, 1 April 2016 | 8:57am
Penulis kajian, Majid Ezzati dari Imperial College di London.
Penulis kajian, Majid Ezzati dari Imperial College di London.

1 dalam 8 dewasa adalah obes - Kajian Global

PARIS: Lebih satu dalam lapan orang dewasa obes, nisbah yang meningkat lebih dua kali ganda sejak 1975 dan akan berkembang menjadi satu dalam lima orang menjelang 2015.

Kajian yang dibuat menunjukkan daripada kira-kira lima bilion orang dewasa pada 2014, 641 juta adalah obes, dan menunjukkan ia akan meningkat melepasi 1.1 bilion dalam masa cuma sembilan tahun.

Penyelidik memberi amaran krisis 'obesiti teruk' dan penyakit yang dibawa diet tinggi lemak dan tinggi gula menyebabkan tekanan darah dan kolesterol meningkat.

"Masalah kesihatan akan berlaku pada tahap yang kita tidak tahu," kata penulis kajian, Majid Ezzati dari Imperial College di London.

Kajian, yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet, didakwa adalah paling menyeluruh pernah diadakan setakat ini.

Orang ramai dibahagikan kepada kategori berat sihat dan berat tidak sihat berdasarkan ukuran Indeks Jisim Tubuh (BMI). BMI yang sihat adalah antara 18.5 dan 24.9

Seseorang dianggap kurang berat badan jika BMI di bawah 18.5 dan berat berlebihan daripada BMI 25 ke atas dan obes pada ukuran daripada 30, apabila risiko diabetes, strok, sakit jantung dan beberapa jenis barah membiak pantas. - AFP

Berita Harian X