Isnin, 28 March 2016 | 7:42am

Jepun aktifkan stesen radar di Laut China Timur

PULAU Yonaguni. - Foto Reuters
PULAU Yonaguni. - Foto Reuters

TOKYO: Jepun hari ini akan menghidupkan stesen radar di Laut China Timur, memberikannya pos pengumpulan risikan tetap berhampiran Taiwan dan sekumpulan pulau yang dipertikaikan oleh Tokyo dan Beijing.

Pangkalan Pertahanan Tentera baharu di Yonaguni itu terletak paling barat berdekatan dengan rantaian kepulauan Jepun di Laut China Timur, 150 kilometer di selatan pulau yang dipertikaikan dikenali sebagai Kepulauan Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China.

"Stesen radar ini akan membimbangkan China," kata seorang profesor di Universiti Nihon dan bekas Mejar Jeneral dalam Tentera Pertahanan, Nozomu Yoshitomi.

Selain menjadi pos risikan, kemudahan itu juga boleh digunakan sebagai pangkalan untuk operasi ketenteraan di rantau ini, katanya.

Penempatan itu disesuaikan dengan kemudahan tentera di sepanjang rantaian kepulauan, kira-kira 1,400 kilometer dari tanah besar Jepun.

Pembuat dasar tahun lalu memberitahu Reuters, ia sebahagian daripada strategi mengekang China di Pasifik Barat ketika Beijing berjaya menguasai jirannya, Laut China Selatan. - REUTERS

Berita Harian X