Khamis, 24 March 2016 | 11:08pm

Radoban Karadzic bersalah lakukan genosid, dipenjara 40 tahun

WAJAH Radovan Karadzic ketika mendengar keputusan di Mahkamah Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Belanda. - Foto AP
WAJAH Radovan Karadzic ketika mendengar keputusan di Mahkamah Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY) di The Hague, Belanda. - Foto AP

THE HAGUE: Bekas pemimpin Serbia Bosnia, Radovan Karadzic hari ini didapati bersalah oleh tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas pembunuhan beramai-ramai dan dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dalam kekejaman paling dahsyat di bumi Eropah sejak Perang Dunia Kedua.

Karadzic juga didapati bersalah atas sembilan tuduhan lain termasuk pembunuhan dan pendakwaan, namun bagai satu tamparan hebat ke atas ribuan mangsa, dia bagaimanapun dibebaskan dalam tuduhan genosid atau pembunuhan beramai-ramai di tujuh bandar dan perkampungan di Bosnia ketika perang tahun 1992 hingga 1995. -AFP

Berita Harian X