Isnin, 21 March 2016 | 7:41am

Nahas FlyDubai: Kotak hitam pesawat rosak teruk

KOTAK hitam dari pesawat FlyDubai. - Foto REUTERS
KOTAK hitam dari pesawat FlyDubai. - Foto REUTERS

ROSTOV-ON-DON (Russia): Pakar penerbangan mula menganalisis kotak hitam dari pesawat FlyDubai yang terhempas ketika angin kencang di lapangan terbang selatan Russia menyebabkan kesemua 62 orang di dalamnya terkorban.

Pesawat 737-800 milik FlyDubai berlepas dari Dubai terhempas dan meletup seperti bola api besar sebelum waktu awal pagi selepas cuba mendarat buat kali kedua ketika angin kencang di bandar Rostov-on-Don.

FlyDubai mengesahkan kesemua 62 orang di dalam pesawat itu terkorban. Kebanyakannya adalah penumpang warga Russia.

Beberapa pesawat lain turut mengalami masalah ketika cuba mendarat sewaktu kejadian berkenaan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Penerbangan Antara-Negeri berkata, data dan rakaman suara pesawat berkenaan mengalami kerosakan teruk dalam insiden berkenaan.

Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu, Sergei Zaiko, yang dipetik agensi berita Russia berkata, kualiti perakam data pesawat itu adalah tinggi.

Kotak hitam itu sedang dianalisis di Moscow oleh pakar dari Russia, Emiriah Arab Bersatu dan Perancis.

Pesawat Boeing buatan Amerika Syarikat itu dan dijana engin buatan Perancis. - AP

Berita Harian X