Sabtu, 19 March 2016 | 6:17pm

Terlalu awal tentukan punca nahas - CEO Flydubai

CEO Flydubai, Ghaith Al Ghaith. - Foto Reuters
CEO Flydubai, Ghaith Al Ghaith. - Foto Reuters

DUBAI: Masih terlalu awal untuk menentukan punca nahas pesawat penumpang Flydubai yang terhempas di Russia, awal hari ini.

Namun, kerajaan Russia dan syarikat penerbangan sedang melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan, kata Ketua Eksekutif (CEO) Flydubai, Ghaith Al Ghaith dalam satu sidang media di sini.

"Kami mempunyai maklumat mengenai kemungkinan kejadian berkenaan dan juga kotak hitam pesawat dan siasatan sedang dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa Russia. Kami menunggu untuk melihat apakah keputusannya nanti," katanya.

"Tiada panggilan kecemasan dibuat juruterbang," katanya.

Semua 62 orang dalam pesawat yang terbang dari Dubai ke selatan Russia itu terbunuh apabila pesawat berkenaan gagal dalam cubaan keduanya untuk mendarat di Lapangan Terbang Rostov-on-Don. - Reuters

SEMUA 62 orang dalam pesawat yang terbang dari Dubai ke selatan Russia terbunuh apabila pesawat berkenaan gagal untuk mendarat.
SEMUA 62 orang dalam pesawat yang terbang dari Dubai ke selatan Russia terbunuh apabila pesawat berkenaan gagal untuk mendarat.

Berita Harian X