Isnin, 7 March 2016 | 10:06am

Polis serbu kilang tempat 3 orang ditembak, tebusan ditahan

SEBUAH kilang di pinggir Sydney. - Foto 9NEWS
SEBUAH kilang di pinggir Sydney. - Foto 9NEWS

ANGGOTA polis mengarahkan kenderaan patah balik. - Foto 9NEWS
ANGGOTA polis mengarahkan kenderaan patah balik. - Foto 9NEWS

SYDNEY: Tiga orang ditembak dan sejumlah tebusan mungkin dibawa ke sebuah kilang di pinggir Sydney, kata polis Australia hari ini.

Difahamkan pihak berkuasa masih belum jelas mengenai punca sebenar kejadian. Jurucakap polis New South Wales berkata, pihak berkuasa percaya tiga orang ditembak.

Media Australia pula melaporkan seorang terbunuh manakala dua lagi cedera dan dibawa ke hospital, walaupun polis masih belum dapat mengesahkan laporan itu.

"Perunding dan pasukan tindakan taktikal kini berada di tempat kejadian dan cuba mendapatkan akses ke dalam bangunan itu," kata jurucakap polis.

Pada Disember 2014, seorang lelaki bersenjata dan lelaki yang bergaya seperti Sheikh yang mendakwa setia kepada kumpulan militan IS menahan 17 tebusan di sebuah kafe di pusat bandar Sydney.

Lelaki bersenjata berkenaan dan dua tebusan terbunuh pada minit terakhir drama kepungan selama 16 jam itu. - Reuters

TIGA orang ditembak dan sejumlah tebusan mungkin dibawa ke sebuah kilang. - Foto 9NEWS
TIGA orang ditembak dan sejumlah tebusan mungkin dibawa ke sebuah kilang. - Foto 9NEWS

Berita Harian X