Rabu, 24 Februari 2016 | 2:24pm

Seoul beri amaran tegas pada Korea Utara

KERETA kebal jenis K-1 milik Korea Selatan menuju ke sektor barat di Paju, Korea Selatan, pada 19 Februari 2016. Seoul dan Washington akan mengadakan latihan bersama sebagai tindak balas kepada pelancaran roket ujian nuklear dan roket jarak jauh oleh Korea Utara. - Foto EPA

SEOUL: Tentera Korea Selatan, hari ini memberi amaran kepada Korea Utara, untuk menghentikan semua provokasi, sambil menyifatkan tindakan melulu itu hanya akan mempercepatkan runtuhnya sistem diktator.

Amaran dibuat sehari selepas pemerintah tertinggi tentera Korea Utara, marah dengan latihan bersama tentera Amerika Syarikat (AS)-Korea Selatan, yang bakal diadakan dan mengancam untuk menyerang Rumah Biru Presiden di Seoul.

"Kami menggesa Korea Utara segera menghentikan tindakan provokatif yang mendorong kepada kemusnahan.

"Korea Utara akan berdepan hukuman tegas sekiranya mengabaikan amaran Seoul," kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan dalam satu kenyataan.

Seoul dan Washington akan mengadakan latihan bersama tahunan terbesar sebagai tindak balas kepada pelancaran roket ujian nuklear dan roket jarak jauh oleh Korea Utara.

Pyongyang sering mendakwa latihan tahunan Key Resolve/ Foal Eagle adalah latihan pencerobohan, manakala Seoul dan Washington berkata, ia sekadar latihan pertahanan. - AFP

Berita Harian X