Rabu, 24 Februari 2016 | 11:48am

3 maut dalam ribut di Louisiana, Mississippi

KEMUSNAHAN bangunan yang membadai selatan Louisiana dan Mississippi akibat puting beliung. - Foto REUTERS
KEMUSNAHAN bangunan yang membadai selatan Louisiana dan Mississippi akibat puting beliung. - Foto REUTERS

BATON ROUGE: Beberapa puting beliung membadai selatan Louisiana dan Mississippi, semalam, membunuh sekurang-kurangnya tiga orang dan mencederakan lebih 30 yang lain selepas memusnahkan rumah dan premis perniagaan serta menumbangkan sebuah menara air.

Kawasan paling teruk terjejas adalah Sungai Mississippi dekat Hamlet of Convent, Louisiana, apabila kebanyakan daripada lebih 160 rumah mudah alih di Sugar Hill RV Park, musnah.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengesahkan sekurang-kurangnya dua terbunuh di Convent, hampir 100 kilometer di barat New Orleans dan seorang lagi terbunuh dekat selatan bandar Purvis, Mississippi.

Jabatan itu juga meramalkan puting beliung dan hujan batu akan melanda Alabama, awal hari ini.

Gabenor Louisiana, John Bel Edwards mengisytiharkan darurat di tujuh kawasan dan berkata, beliau membuat tinjauan ke Convent malam semalam untuk menilai kerosakan di sana.

Ribut dijangka turut membadai barat daya Georgia pada tengah malam dan terus ke Atlanta dan tengah Georgia sebelum waktu puncak pagi ini, kata Ahli meteorologi, Adam Baker, berkata ribut juga dijangka membadai barat daya Georgia pada tengah malam dan terus ke Atlanta serta tengah Georgia sebelum waktu puncak pagi ini. - REUTERS

Berita Harian X