Rabu, 17 Februari 2016 | 10:28pm

Dua lelaki bunuh wartawan radio

MANGSA pembunuhan, Elvis Ordaniza, seorang wartawan radio tempatan di selatan Filipina.
MANGSA pembunuhan, Elvis Ordaniza, seorang wartawan radio tempatan di selatan Filipina.

MANILA: Dua lelaki bersenjata membunuh wartawan radio tempatan di selatan Filipina, petang semalam.

Menurut Kesatuan Wartawan Kebangsaan Filipina, Elvis Ordaniza, 49, wartawan stesen radio DXWO adalah wartawan pertama dibunuh tahun ini di negara itu.

Berdasarkan angka yang dikeluarkan kesatuan, mendiang menjadi wartawan atau petugas media ke-31 terbunuh di Filipina sejak pemerintahan Presiden Benigno Aquino, yang berkuasa sejak pertengahan tahun 2010.

Timbalan Setiausaha Agung kesatuan, Fred Villareal, berkata mangsa adalah bekas gerila komunis yang menyerah diri sebelum menyertai media.

Penguasa Polis Wilayah, Miguel Antonio, berkata dua lelaki bersenjata tidak dikenali menyerbu kediaman Ordaniza dan menembak mati mangsa di bandar Pitogo, Pulau Mindanao, terletak 825 kilometer di selatan ibu kota itu. - AFP

Berita Harian X