Ahad, 24 Januari 2016 | 8:09pm

Gempa bumi 7.1 magnitud gegar Alaska

WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggegarkan selatan Alaska pada 1030 GMT hari ini, menurut USGS.

Gempa bumi itu berlaku berhampiran Teluk Pedro pada kedalaman 104 kilometer.

Tiada laporan segera berhubung kecederaan atau kerosakan.

Pusat Amaran Tsunami Politik di Hawaii menyatakan tiada risiko ombak besar kerana gempa bumi itu berlaku "terlalu dalam".

Berita Harian X