Khamis, 14 Januari 2016 | 1:06pm
JAMES Clapper.
JAMES Clapper.

Emel peribadi pengarah risikan AS digodam

WASHINGTON: Pegawai perisik Amerika Syarikat mengesahkan akaun emel peribadi Pengarah Perisikan Kebangsaan (DNI), James Clapper, digodam.

Ia berlaku beberapa bulan selepas laporan menyatakan seseorang menggodam e-mel peribadi Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan.

Jurucakap DNI, Brian Hale, berkata pejabat Clapper menyedari kejadian itu dan melaporkan ia kepada pihak berkenaan. Bagaimanapun, beliau enggan memberikan maklumat lanjut.

Sumber berkata, Pejabat Pengarah Perisikan Kebangsaan menyedari kejadian sebelum ia dilaporkan oleh majalah online, Motherboard.

Motherboard melaporkan penggodam remaja sama yang menggodam akaun Brennan turut menyasarkan Clapper. - Agensi

Berita Harian X