Sabtu, 9 Januari 2016 | 12:05pm

Protes antiSaudi semakin memuncak di Iran

PENUNJUK perasaan antiArab Saudi memenuhi jalan raya di ibu negara Iran semalam. - Foto AFP
PENUNJUK perasaan antiArab Saudi memenuhi jalan raya di ibu negara Iran semalam. - Foto AFP

TEHRAN: Penunjuk perasaan antiArab Saudi memenuhi jalan raya di ibu negara Iran semalam bagi membantah tindakan Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas ulama Syiah dan selepas Iran menuduh musuhnya itu mengebom kedutaannya di Yaman.

Penduduk Syiah juga mengadakan bantahan di bandar raya Qatif, berhampiran kampung halaman Nimr al-Nimr, ulama yang dihukum mati itu, manakala di Islamabad, 1,500 penduduk berkumpul membantah hukuman berkenaan.

Krisis diplomatik antara kuasa Sunnah dan Syiah di Asia Barat menimbulkan ketegangan mazhab di seluruh rantau itu dan menyukarkan usaha menyelesaikan konflik di Syria dan Yaman.

Dalam perkembangan yang bakal mengeruhkan lagi hubungan, media Arab Saudi semalam melaporkan empat rakyat Iran akan dibicarakan di negara itu, seorang atas tuduhan mengintip dan tiga lagi kerana keganasan.

Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan berarak seluruh Tehran melaungkan 'mati Al-Saud', merujuk kepada keluarga pemerintah Arab Saudi. - AFP

Berita Harian X