Khamis, 7 Januari 2016 | 11:19pm

Korea Selatan tingkat tahap amaran di sempadan

 KOREA Selatan meningkatkan amaran ketenteraan ke peringkat tertinggi di beberapa lokasi sepanjang sempadan di mana siaran propaganda menerusi pembesar suara ke Korea Utara akan dilakukan semula, lapor agensi Yonhap hari ini.. - Foto AP

SEOUL: Korea Selatan meningkatkan amaran ketenteraan ke peringkat tertinggi di beberapa lokasi sepanjang sempadan di mana siaran propaganda menerusi pembesar suara ke Korea Utara akan dilakukan semula, lapor agensi Yonhap hari ini.

Pejabat Presiden Korea Selatan menyatakan siaran itu akan dilakukan semula berikutan tindakan Korea Utara melanggar perjanjian Ogos lalu bagi mengurangkan ketegangan dengan menjalankan ujian nuklear keempatnya semalam.

Siaran propaganda itu pada masa lalu menaikkan kemarahan Pyongyang, sehingga mencetuskan kejadian berbalas tembakan meriam merentasi sempadan kedua-dua negara Ogos lalu. - Reuters

Berita Harian X