Rabu, 6 Januari 2016 | 10:36am

Gempa Korea Utara 'disyaki letupan', kata pegawai China

GAMBAR yang dikeluarkan oleh agensi berita North Korean Central News Agency (KCNA) menunjukkan satu pertandingan menembak unit artileri Tentera Rakyat Korea, di satu lokasi rahsia di Korea Utara. - Foto AFP

BEIJING: Kejadian gempa bumi di Utara Korea, pagi ini disyaki sebagai satu letupan, demikian menurut pegawai China yang turut dibimbangi satu lagi ujian nuklear yang dijalankan Pyongyang.

Gempa 5.1 magnitud direkodkan berlaku di Korea Utara pada jam 9.30 pagi waktu tempatan Beijing di bawah tanah, demikian lapor Pusat Gempa Bumi China dalam laman webnya. - AFP

Berita Harian X