Selasa, 5 Januari 2016 | 1:08am

Bahrain, Sudan putus hubungan dengan Iran

IMEJ yang diambil dari saluran TV rasmi Arab Saudi, Al-Ikhbaryia pada 4 Januari 2016, menunjukkan ahli-ahli misi diplomatik Arab di Tehran disambut oleh pegawai-pegawai Arab sebaik tiba di lapangan terbang Dubai, beberapa jam selepas Arab Saudi telah memilih untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran - Foto AFP

DUBAI: Bahrain dan Sudan mengesahkan bahawa kedua-dua negara itu memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran berikutan serangan terhadap kedutaan dan konsulat Arab Saudi di Tehran.

Sejurus selepas pengumuman itu, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) turut memanggil balik dutanya di Iran dan memutuskan untuk mengurangkan jumlah diplomat kerana beranggapan Tehran campur tangan berhubung isu Teluk dan negara Arab.

Serangan di pejabat kedutaan itu adalah membantah hukuman mati ke atas seorang ulama utama Syiah, baru-baru ini.

Menurut agensi berita BNA menerusi Twitter, Manama mengarahkan diplomat Tehran meninggalkan negara kecil di Teluk itu dalam masa 48 jam.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di Bahrain, tindakan berkenaan disifatkan dilakukan 'pengecut' dalam misi diplomatik Arab Saudi di Iran yang secara terang-terangan mencampuri urusan Tehran dalam kawasan Teluk dan negara Arab. - Agensi

Berita Harian X