Sabtu, 2 Januari 2016 | 11:57am

2 maut serangan di pangkalan Tentera Udara India

PEGAWAI polis India mengawal ketat pangkalan Tentera Udara India dekat sempadan Pakistan pagi tadi susulan tembakan dengan empat lelaki bersenjata yang menceroboh. - Foto REUTERS
PEGAWAI polis India mengawal ketat pangkalan Tentera Udara India dekat sempadan Pakistan pagi tadi susulan tembakan dengan empat lelaki bersenjata yang menceroboh. - Foto REUTERS

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat lelaki bersenjata menceroboh pangkalan Tentera Udara India dekat sempadan Pakistan pagi tadi dan berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan mengakibatkan dua maut, kata pegawai.

Jurucakap Tentera Udara, Rochelle D'Silva berkata, kumpulan bersenjata itu memasuki seksyen kuarters pangkalan Tentera Udara Pathankot, terletak kira-kira 430 kilometer utara New Delhi tetapi gagal menembusi kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter pejuang dan peralatan lain.

Sekurang-kurangnya dua penyerang mati dan pasukan keselamatan berbalas tembakan dengan dua lagi penyerang.

Pathankot berada di laluan lebuh raya yang menghubungkan kawasan bergolak Jammu dan Kashmir dengan wilayah lain di negara berkenaan.

Ia juga amat dekat dengan sempadan Pakistan.

Serangan hari ini berlaku cuma seminggu selepas Perdana Menteri India, Narendra Modi membuat pengumuman lawatannya ke Pakistan untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Nawaz Sharif.

Berita Harian X