Jumaat, 25 Disember 2015 | 9:59pm

PM India buat lawatan mengejut ke Pakistan

NEW DELHI: Narendra Modi bertemu rakan sejawatannya dari Pakistan, Nawaz Sharif, kunjungan pertama Perdana Menteri India ke negara itu dalam tempoh lebih sedekad.

Kunjungan itu dibuat secara mengejut ketika Modi singgah sebentar sebelum kembali ke ibu kota ini.

Sebelum ini, Modi dan Sharif meneruskan hubungan peringkat tinggi dalam perbincangan ringkas ketika rundingan perubahan iklim di Paris, bulan lalu.

Ia adalah sebahagian usaha memulakan semula rundingan damai dilingkari serangan militan dan perasaan curiga antara kedua-dua negara.

Nalin Kohli, seorang jurucakap parti Bharatiya Janata pimpinan Modi berkata, India bersedia mengambil dua langkah ke depan jika Pakistan mengambil selangkah bagi memperbaiki hubungan antara kedua-dua negara, yang berjuang tiga peperangan sejak tahun 1947, dua daripadanya merebut rantau Himalaya di Kashmir. - REUTERS

Berita Harian X