Rabu, 23 Disember 2015 | 2:59pm

Dua cedera letupan di lapangan terbang Turki

ISTANBUL: Dua pekerja pembersihan yang sedang bertugas di dalam sebuah pesawat cedera akibat letupan di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen, kata syarikat penerbangan Pegasus, hari ini.

Pegasus berkata, letupan berlaku pada kira-kira jam 2.05 pagi waktu tempatan apabila tiada penumpang di kawasan itu dan operasi berjalan seperti biasa.

Polis bersenjata raifal dan jaket kalis peluru mengenakan kawalan ketat di pintu masuk ke lapangan terbang itu selepas letupan, memeriksa kenderaan di kawasan terbabit manakala helikopter polis berlegar di situ.

Seorang mangsa dilaporkan cedera parah apabila luka di kepala manakala seorang lagi cedera di tangan dan kedua-duanya dirawat di sebuah hospital.

Sementara itu, pengendali Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dalam kenyataan berkata, tiada masalah dengan rutin berlepas dan mendarat di situ dan penyiasatan terhadap punca letupan diteruskan. - Reuters

Berita Harian X