Isnin, 21 Disember 2015 | 7:11pm

Sonia Ghandi, anak lelaki didakwa kes rasuah

REAKSI Presiden Parti Kongres, Sonia Gandhi (tengah) disamping pemimpin Kongres Kanan Ghulam Nabi Azad kelihatan selepas berucap pada sidang akhbar di Kongres Jawatankuasa India (AICC) yang beribu pejabat di New Delhi, India, pada kelmarin. - Foto EPA

NEW DELHI: Dua tokoh utama dinasti Gandhi terpaksa hadir di mahkamah di sini atas dakwaan rasuah pada Sabtu lalu dalam kes yang menjadi perbalahan besar di antara parti politik utama India.

Sonia dan anak lelakinya Rahul Gandhi, pemimpin Parti Kongres dibenarkan ikat jamin dalam masa beberapa minit oleh hakim selepas pemimpin parti pemerintah, Parti Barathiya Janata (BJP) menuduh mereka melakukan penipuan.

Mereka dituduh mendapat keuntungan daripada penjualan akhbar yang tidak lagi beroperasi, National Herald dengan menggunakan dana parti.

Kedua beranak itu menafikan dakwaan berkenaan sambil menyifatkan seluruh kes itu sebagai 'membalas dendam'.

Sementara itu, pemimpin BJP, Subramaniam Swamy, yang memfailkan aduan, berikrar akan memastikan kedua-dua mereka disabitkan.

"Sonia Gandhi dan Rahul Gandhi akan dihukum penjara," katanya. - Agensi

Berita Harian X