Isnin, 16 November 2015 | 9:15am

Ban Ki-moon akan lawat Korea Utara

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. - Foto AFP
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. - Foto AFP

SEOUL: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan melawat Korea Utara, lawatan pertama seumpamanya seorang pemimpin PBB ke negara itu dalam tempoh lebih 20 tahun, lapor agensi media Yonhap.

Memetik sumber peringkat tinggi PBB, agensi media Korea Selatan itu berkata, Ban akan membuat lawatan rasmi ke negara terpencil itu hujung minggu ini, tapi tidak menyatakan tarikh tepat.

Pejabat jurucakap PBB di New York enggan mengulas laporan itu. - AFP

Berita Harian X