X
Ahad, 8 November 2015 | 11:58pm

Iran lantik duta wanita di Kuala Lumpur

GAMBAR fail diambil pada 5 November, jurucakap kementerian luar Iran, Marzieh Afkham berucap pada media di Tehran. - Foto AFP
GAMBAR fail diambil pada 5 November, jurucakap kementerian luar Iran, Marzieh Afkham berucap pada media di Tehran. - Foto AFP

TEHRAN: Iran melantik duta wanita pertamanya sejak revolusi Islam tahun 1979, menamakan jurucakap kementerian luar, Marzieh Afkham untuk mengetuai kedutaannya di Malaysia, umum kementerian Ahad.

Menteri Luar, Mohammad Javad Zarif berkata, memilih Afkham sebagai duta mengambil masa hanya beberapa minit.

"Namun memilih penggantinya mengambil masa empat bulan," katanya dalam satu upacara di sini sebagai penghormatan kepada diplomat berusia 50 tahun yang akan digantikan oleh seorang lelaki, Jaber Ansari.

Media Iran kali pertama berkata April lalu bahawa nama Afkham tersenarai dinaikkan pangkat sebagai duta, namun laporan itu belum disahkan.

Zarif memuji Afkham, yang juga wanita pertama di republik Islam itu untuk berkhidmat sebagai jurucakap wanita di kementerian, mengatakan beliau menjalankan tugasnya selama dua tahun dengan "bermaruah, berani dan berwawasan."

Sebaliknya, duta baharu ke Kuala Lumpur itu dipetik agensi berita IRNA, memuji Zarif "atas keberaniannya mengambil keputusan itu" dan untuk "kepercayaannya terhadap wanita." -AFP

Berita Harian X