Selasa, 15 September 2015 | 11:55am

Turnbull angkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Australia

MALCOLM Turnbull mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-29 hari ini . - Foto AP
MALCOLM Turnbull mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-29 hari ini . - Foto AP

CANBERA: Bekas ahli perbankan dan ahli perniagaan, Malcolm Turnbull hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia ke-29, sehari selepas menewaskan Tony Abbott sebagai pemimpin Parti Liberal dalam pengundian parti itu semalam.

Turnbull, yang berikrar untuk membawa wajah baru dalam kepimpinan perundingan ke Australia, mengangkat sumpah di pejabat Gabenor Jeneral, Peter Cosgrove di ibu negara Canberra.

Turnbull, semalam memenangi undian secara rahsia 54-44.

Bekas Menteri Luar, Julie Bishop, dipilih sebagai timbalan ketua parti itu yang bersama rakan pakatan, Parti Nasional menang besar pada pilihan raya 2013. - AFP

Berita Harian X