Sabtu, 15 Ogos 2015 | 2:25pm

Feri bawa 544 penumpang di Filipina terbakar; hanya 2 cedera

SEBUAH feri dua tingkat yang membawa 544 penumpang terbakar sebaik berlabuh di tengah Filipina.
SEBUAH feri dua tingkat yang membawa 544 penumpang terbakar sebaik berlabuh di tengah Filipina.

MANILA: Sebuah feri dua tingkat yang membawa 544 penumpang terbakar sebaik berlabuh di tengah Filipina, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan penumpang nekad terjun ke laut dan memanjat dek untuk menyelamatkan diri daripada kepulan asap.

Bagaimanapun, semua penumpang dilaporkan selamat dan hanya dua anak kapal cedera, kata pegawai tempatan.

Rakaman video menunjukkan beberapa lelaki terjun ke air dari MV Wonderful Stars, yang dipenuhi asal tebal sementara anggota bomba bertungkus lumus memadamkan api beberapa jam selepas kebakaran berlaku.

Feri berkenaan baru saja tiba di sebuah dermaga di Pelabuhan Ormoc, Pulau Leyte dari bandar Cebu.

Sarah Jane Balmaceda dari pejabat pengawal pantai di Ormoc berkata, dua daripada 59 anak kapal cedera ringan dan dirawat di hospital.

Sementara itu, jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo berkata punca kejadian masih disiasat. - AP

Berita Harian X