Selasa, 21 Julai 2015 | 11:17pm

Thailand harap pembebasan bekas pemimpin PULO bawa keamanan di selatan

BANGKOK: Kerajaan Thai berharap pembebasan Ismail Ternang, seorang bekas pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), minggu lalu, dapat membantu memulihkan keamanan di kawasan sempadan di selatan.

Perdana Menteri Thailand, Jen Prayuth Chan-ocha, berkata Ismail, yang telah menjalani hukuman penjara 18 tahun, sudah menyatakan kesediaan untuk secara sukarela membantu proses damai.

"Beliau akan menyertai pasukan proses rundingan damai," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Katanya, pembebasan Ismail membuktikan keikhlasan kerajaan.

"Beliau (Ismail) dibebaskan dari penjara bukan kerana saya, tetapi ekoran langkah undang-undang kerana wujud ihsan dalam undang-undang itu sendiri," katanya. - BERNAMA

Berita Harian X