Isnin, 29 Jun 2015 | 2:43pm

11 askar Afghanistan maut diserang hendap Taliban

ASKAR Afghanistan sedang berjalan di pinggir Herat. Sekurang-kurangnya 11 askar Afghanistan terbunuh selepas diserang hendap anggota Taliban di barat negara itu. - Foto AFP
ASKAR Afghanistan sedang berjalan di pinggir Herat. Sekurang-kurangnya 11 askar Afghanistan terbunuh selepas diserang hendap anggota Taliban di barat negara itu. - Foto AFP

HERAT: Sekurang-kurangnya 11 askar Afghanistan terbunuh selepas diserang hendap anggota Taliban di barat negara itu hari ini.

Pegawai kerajaan berkata, ia adalah pertempuran pertama tentera kerajaan yang tanpa dibantu oleh anggota NATO dalam memerangi pemberontak Taliban.

"Anggota Taliban menyerang hendap satu konvoi tentera di Daerah Karukh di Herat, mengorbankan 11 askar Afghanistan. Askar terbabit berada dalam trak ketika sedang melalui satu jalan jaya," kata Gabenor Wilayah Herat, Ehsanullah Hayat. - AFP

Berita Harian X