Rabu, 10 Jun 2015 | 10:04am

MERS: Korea Selatan lapor dua lagi kematian

PEKERJA berpakaian perlindungan menyembur pembasmi kuman dalam tren Metro Seoul di Goyang, Korea Selatan, hari ini. Kerajaan Hong Kong mengeluarkan amaran merah terhadap kunjungan ke Korea Selatan di mana lapan kes baharu Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) dilaporkan, menjadikan keseluruhan 95 kes dengan tujuh kematian. - Foto Reuter

SEOUL: Korea Selatan hari ini melaporkan dua lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat, menjadikan keseluruhan sembilan kematian akibat wabak itu.

Sebanyak 13 kes baharu turut disahkan, menjadikan keseluruhan 108 kes sejak yang pertama pada 20 Mei lalu.

Dua kematian terbaru itu membabitkan seorang wanita berusia 75 tahun dan lelaki berusia 62 tahun.

Kedua-dua mangsa dijangkiti virus itu di Samsung Medical Centre, hospital utama di selatan Seoul yang menyaksikan bilangan jangkitan terbesar di mana 10 daripada 13 pesakit baharu juga dijangkiti.

Tiga lagi jangkitan baharu disahkan di tiga hospital berbeza, termasuk dua di Daejeon dan satu di pinggir Seoul.

Semua jangkitan terhad di hospital dan pihak berkuasa kesihatan menegaskan bahawa penularan tidak berlaku di luar hospital. - AFP

Berita Harian X