Khamis, 21 Mei 2015 | 8:25am

Gempa bumi 6.9 magnitud gegarkan Kepulauan Solomon - USGS

Gempa bumi 6.9 magnitud gegarkan Kepulauan Solomon. - Foto USGS
Gempa bumi 6.9 magnitud gegarkan Kepulauan Solomon. - Foto USGS

SYDNEY: Gempa bumi pada skala 6.9 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Solomon di lautan Pasifik hari ini, kata Jabatan Penyelidikan Geologi AS (USGS) tetapi tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 19 kilometer, 184 kilometer dari bandar Lata dan 487 kilometer dari ibu negara, Honiara. Ia diikuti gempa susulan 4.9 magnitud.

"Berdasarkan data yang tersedia, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami dan tiada kerosakan besar dijangkakan," kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Kepulauan Solomon adalah sebahagian daripada 'Lingkaran Api', zon aktiviti tektonik di Pasisik yang menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi kerap terjadi.

"Ini adalah antara kawasan seismik paling aktif di dunia. Dalam tempoh tiga tahun lalu, lebih 30 gempa bumi pada skala lebih 6.0 magnitud dicatatkan," kata ahli siesmologi Jabatan Geosains Australia, Marco Maldoni.

"Tiada kerosakan dijangkakan daripada gempa ini. Kerosakan utama daripada gempa bawah laut sebegini biasanya bukan berpunca daripada gempa tetapi tsunami kerana tenaga siesmik dilepaskan ke air," katanya.

Awal bulan ini, Papua New Guinea turut digegarkan dengan gempa 7.1 magnitud tetapi amaran tsunami berlalu tanpa kejadian tidak diingini dan tidak berlaku juga kerosakan besar. - AFP

Berita Harian X