Rabu, 20 Mei 2015 | 6:47pm

Ukraine dakwa dua 'askar Russia'

KIEV: Ukraine mendakwa dua individu yang disyaki tentera Russia yang ditangkap ketika pertempuran di wilayah timur Lugansk, kerana terbabit dalam "aktiviti keganasan", menurut pegawai keselamatan.

Jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, Markiyan Lubkivsky, menyatakan melalui Facebook bahawa Kapten Yevgeny Yerofeyev dan Sarjan Aleksander Aleksandrov yang kini dirawat di hospital tentera Kiev, juga dibenarkan membuat panggilan telefon kepada saudara mereka di Russia.

Moscow menyatakan kedua-dua lelaki berkenaan pernah menganggotai pasukan bersenjata Russia tetapi dilucutkan apabila mereka menyeberangi zon perang Ukraine hampir dua bulan lalu. - AFP

Berita Harian X