Rabu, 13 Mei 2015 | 11:30am

Gempa bumi korbankan 12 penduduk India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 terbunuh di Utara India akibat gempa bumi terbaharu yang melanda Nepal semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 10 orang terbunuh di Bihar, timur India dan dua di Uttar Pradesh, sempadan Nepal.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut mengarahkan pihak berkuasa bersiap sedia untuk kerja menyelamat selain masih meletakkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk India.

Gempa terbaharu berukuran 7.3 magnitud itu di timur Kathmandu turut dirasai di New Delhi selain menyebabkan bangunan runtuh di Tibet, di sempadan China diikuti gempa susulan 6.3 magnitud setengah jam kemudian. - BERNAMA

Berita Harian X