Isnin, 20 April 2015 | 1:20pm
JABATAN Kaji Cuaca Jepun menarik balik amaran tsunami setinggi satu meter yang diramalkan melanda Kepulauan Okinawa. - Foto AFP
JABATAN Kaji Cuaca Jepun menarik balik amaran tsunami setinggi satu meter yang diramalkan melanda Kepulauan Okinawa. - Foto AFP

Jepun tarik balik amaran tsunami

TOKYO: Jabatan Kaji Cuaca Jepun menarik balik amaran tsunami setinggi satu meter yang diramalkan melanda Kepulauan Okinawa susulan gempa kuat 6.6 magnitud menggegarkan selatan Jepun hari ini.

Ini berikutan tiada sebarang tanda tsunami bakal berlaku dan jabatan berkenaan membatalkan amaran awal yang dikeluarkan pagi ini.

Gempa bumi kuat berskala 6.6 magnitud berlaku berhampiran Yonaguni, sebuah pulau terpencil di Kepulauan Okinawa, berdekatan dengan Taiwan. - AP

Berita Harian X