Isnin, 20 April 2015 | 10:06am

Amaran tsunami susulan gempa 6.8 magnitud di Okinawa

SATU gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan hari ini, di 123 kilometer tenggara Keelung, Taiwan.
SATU gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan hari ini, di 123 kilometer tenggara Keelung, Taiwan.

TOKYO: Tsunami setinggi satu meter diramalkan melanda Kepulauan Okinawa susulan gempa kuat 6.8 magnitud menggegarkan selatan Jepun hari ini.

Stesen penyiaran nasional, NHK melaporkan kemungkinan ombak besar melanda beberapa pulau di selatan selepas gempa melanda Yonaguni, di barat laut berdekatan Taiwan.

Saksi memberitahu, beberapa bangunan bergegar di Taipei namun tiada laporan mengenai kerosakan yang jelas setakat ini di ibu negara Taiwan itu. - AFP

Berita Harian X