Sabtu, 7 March 2015 | 11:56pm

Tentera Filipina bunuh 14 gerila BIFF

TENTERA Filipina membedil meriam menyasarkan kedudukan kumpulan Pejuang Barisan Islam Bangsamoro (BIFF) yang dipercayai melindungi pakar membuat bom, Abdel Basit Usman di Magundanao, selatan negara itu, semalam. - Foto ihsan http://www.sayangsabah.com/
TENTERA Filipina membedil meriam menyasarkan kedudukan kumpulan Pejuang Barisan Islam Bangsamoro (BIFF) yang dipercayai melindungi pakar membuat bom, Abdel Basit Usman di Magundanao, selatan negara itu, semalam. - Foto ihsan http://www.sayangsabah.com/

MANILA: Tentera Filipina membunuh 14 gerila dalam pertempuran untuk menggempur pasukan pemisah di selatan negara itu, kata jurucakap tentera.

Serangan besar-besaran tentera terhadap pasukan pemisah di selatan negara itu setakat ini telah menyebabkan lebih 80,000 penduduk tempatan terpaksa berpindah daripada kediaman mereka.

Tentera Filipina memperhebat gerakan terhadap Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), kumpulan kecil tetapi ganas di Mindanao, selepas 44 komando polis terbunuh pada Januari.

Jurucakap tentera, Leftenan-Kolonen Harold Cabunoc berkata 13 anggota tentera terbunuh dalam serangan itu pada malam Sabtu.

Hingga Sabtu, tentera mendakwa tiga pangkalan pejuang Islam termasuk sebuah kilang membuat bom sudah ditawan.

Presiden Benigno Aquino sebelum ini sudah berjanji dengan kumpulan pejuang terbesar, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk memberikan autonomi di wilayah selatan untuk mewujudkan kedamaian berpanjangan, tetapi Dewan Rakyat dan Dewan Senat negara itu menggantung urusan merumus perundangan untuk wilayah itu selepas pertempuran pada Januari. - Reuters

Berita Harian X