Rabu, 4 March 2015 | 6:16pm

Pesawat Turki tergelincir ketika mendarat di Nepal

PETUGAS penyelamat Nepal memeriksa kawasan sekitar kawasan nahas pesawat Turkish Airlines selepas ia tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu, hari ini. - Foto AFP

KATHMANDU: Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang terpaksa dikeluarkan selepas ia tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Kathmandu dan kemudiannya terbabas di kawasan berumput, hari ini.

Pegawai penerbangan berkata, tiada penumpang mengalami kecederaan walaupun seorang saksi memberitahu penumpang terlompat dari tempat duduk mereka ketika kabin dipenuhi asap selepas enjin pesawat berhenti.

Jurucakap penerbangan, Purna Prasad Chudal berkata, lapangan terbang berkenaan ditutup kecuali kepada helikopter manakala jarak penglihatan agak baik biarpun kabus melanda pada awal hari kejadian.

PENUMPANG nahas kapal terbang berjalan kaki dari pesawat Turkish Airlines selepas ia tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang di Kathmandu, hari ini. - Foto AFP
PENUMPANG nahas kapal terbang berjalan kaki dari pesawat Turkish Airlines selepas ia tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang di Kathmandu, hari ini. - Foto AFP

Chudal berkata, juruterbang melepasi landasan ketika percubaan mendarat kali pertama sebelum membuat percubaan kedua sehingga menyebabkan pesawat tergelincir dari permukaan landasan.

"Ketika pesawat semakin hampir untuk mendarat, ia terlepas landasan dan terbabas di kawasan berumput," kata Pengurus Besar lapangan terbang, Birendra Prasad Shrestha.

"Kesemua 224 penumpang sudah dikeluarkan, tiada kecederaan dan semuanya selamat," katanya. - AFP

Berita Harian X