Isnin, 16 Februari 2015 | 2:31pm

PM Singapura jalani pembedahan buang kelenjar prostat

Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto AP
Perdana Menteri Lee Hsien Loong. - Foto AP

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang dikesan menghidap kanser prostat, hari ini menjalani pembedahan yang berjaya membuang kelenjar prostat beliau, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan PMO, Prof Christopher Cheng, pakar urologi terkemuka Hospital Besar Singapura yang melakukan pembedahan itu berkata: "Pembedahan berjalan sangat lancar, dan beliau dijangka pulih sepenuhnya."

Prof Cheng mengesahkan tiada sebarang hubungan antara limfoma sebelum ini dan kanser prostat sekarang.

Dalam pada itu, Lee menyatakan penghargaan terhadap ucap selamat yang diterima beliau daripada pelbagai pihak. - BERNAMA

Berita Harian X