Ahad, 11 Januari 2015 | 9:49am

Gempa bumi 6 magnitud gegar Filipina

MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 6 magnitud menggegar ibu negara Filipina sehingga penduduk terkejut dari tidur awal pagi tadi, kata pakar seismologi Filipina.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Jurucakap Institut Gunung Berapi dan Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, gempa pada awal pagi itu berpusat di dasar laut kira-kira 43 kilometer barat daya bandar San Antonio, barat laut wilayah Zambales.

Bagaimanapun, gempa yang terlalu dalam dasar laut tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kematian.

Solidum berkata, gempa susulan dijangka berlaku selepas ia turut dirasai di Pulau Luzon.

Sementara itu, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud pernah menyebabkan kira-kira 2,000 orang terkorban di Luzon pada 1990. - AP

Berita Harian X