Jumaat, 9 Januari 2015 | 9:18pm

Seorang cedera, lima dijadikan tebusan di Paris

KERETA peronda polis menyekat laluan di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai runcit Yahudi di timur Paris dan menjadikan lima orang sebagai tebusan, hari ini. - Foto AFP
KERETA peronda polis menyekat laluan di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai runcit Yahudi di timur Paris dan menjadikan lima orang sebagai tebusan, hari ini. - Foto AFP

PARIS: Sekurang-kurangnya seorang cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kedai runcit Yahudi di timur Paris dan menjadikan lima orang sebagai tebusan, menurut sumber.

Penyerang itu disyaki lelaki sama yang membunuh seorang polis wanita dalam kejadian tembakan di Montrouge di selatan Paris semalam.

Sumber polis memberitahu AFP bahawa suspek mempunyai kaitan dengan dua beradik yang membunuh 12 orang di pejabat majalah satira Charlie Hebdo kelmarin. - AFP

Berita Harian X