Sabtu, 15 November 2014 | 12:44pm

Dua gempa susulan gegar Kota Ternate

GEMPA bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, hari ini dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami. Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gelombang tsunami boleh melanda sebahagian Indonesia, termasuk Filipina, Jepun, Taiwan dan kepulauan Pasifik Selatan. - Foto Twitter

JAKARTA: Dua gempa bumi susulan melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi, selepas gempa kuat yang mencetuskan amaran tsunami melanda wilayah itu, awal pagi tadi.

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa susulan pertama pada jam 11.23 waktu tempatan itu berukuran 4.9 magnitud dan berpusat di 148 kilometer (km) di barat daya Kota Ternate.

Ia disusuli dengan gempa kedua berukuran 5.0 magnitud pada jam 12.06 tengah hari yang berpusat di 141km di barat daya Kota Ternate.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Erny berkata, orang ramai bertempiaran lari ketika gempa itu berlaku.

"Mereka berlari menyelamatkan diri sambil berdoa menyebut 'Tuhan tolong, Tuhan tolong. Gempa ini cukup kuat dan membuat kita takut," katanya.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kecederaan atau kerosakan.

Berita Harian X