Selasa, 11 November 2014 | 3:04pm

56 maut nahas bas di Pakistan

KARACHI: Sekurang-kurangnya 56 orang maut apabila sebuah bas bertembung dengan lori barang di selatan Pakistan.

Kemalangan berlaku berhampiran Bandaraya Khairpur, 450 kilometer di utara Karachi.

"Bas ke Karachi dari bandar Swat masuk ke jalan bertentangan dan bertembung dengan lori barang, mengakibatkan 56 penumpangnya maut," kata pegawai polis tempatan, Nasir Aftab.

Katanya, 18 penumpang cedera dalam kejadian itu dan menambah daripada jumlah yang maut itu, 17 adalah wanita manakala 18 kanak-kanak.

Doktor di hospital awam Khaipur berkata, tiga mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal. - AFP

Berita Harian X